dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar – Program Ceramah Usahawan Bijak Usahawan Berdaftar Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia‎ (SSM) Melaka

26 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2021, Jumaat – Pusat Internet Komuniti Batang Melaka telah terlibat dalam satu taklimat ceramah yang yang telah dikendalikan oleh pihak SSM Negeri Melaka dengan menggunakan Microsoft Team. Pisah SSM Melaka telah menganjurkan satu Program Ceramah Usahawan Bijak Usahawan Berdaftar yang juga melibatkan Pusat Internet Komuniti di Kesang Barat, Pusat Internet Batang Melaka, Pusat Internet Pekan Rumbia dan Pusat Internet Chabau.

Hal ini kerana, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan inisiatif bagi tahun 2021 dalam membantu komuniti perniagaan dan korporat yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19. Antara inisiatif baharu yang diperkenalkan SSM adalah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran perniagaan secara percuma (pengecualian fi pendaftaran) kepada golongan sasar terdiri daripada usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin memulakan perniagaan.

Antara intipati program ceramah ini adalah berkenaan Peranan SSM dalam membantu komuniti perniagaan, Kepentingan Pendaftaran Perniagaan dan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang terlibat.

Oleh itu, kami pihak PIK akan berusaha sebaik mungkin dalam membantu komuniti setempat untuk menguruskan perkara yang berkaitan SSM. Komuniti setempat juga boleh berkunjung ke PIK berdekatan bagi mendapatkan bantuan sekiranya terdapat sebarang permasalahan yang dihadapi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.