Maklumat Komuniti
Ringkasan
Batang Melaka adalah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan. Sempadan bagi kedua negeri Melaka dan Negeri Sembilan pekan Batang Melaka adalah ditengah-tengah pekan Batang Melaka, yang mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan.
Populasi
Penduduk Batang Melaka terdiri dari bangsa Melayu, India, China dan sebahagian kecil komuniti Orang Asli. Mereka ini kebanyakkannya bekerja sendiri seperti menoreh getah, petani/peladang, peniaga dan sebahagian kecil disektor swasta dan kerajaan. Anggaran penduduk di kawasan Batang Melaka adalah seramai 5000 orang.
Terdapat 8 buah kampung di dalam kawasan pentadbiran JKKK Kampung Batang Melaka;
- Kg. Hulu Batang Melaka
- Kg.Hilir Batang Melaka
- Kg. Tengah Batang Melaka
- Rumah Awam Batang Melaka
- Taman Batang Melaka Baru
- Kg. Baru On Lok
- Taman Batang Melaka Baru
- Kg. Ayer Sialang
Parlimen
Batang Melaka dari segi politiknya termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Asahan, Melaka dan kawasan Parlimen Alor Gajah, Melaka.
Nama : Yang Berhormat Tuan Adly bin Zahari
Jawatan dalam Kabinet : Timbalan Menteri Pertahanan, Ahli Parlimen Alor Gajah, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Katil
Parlimen : P135
Kawasan : Alor Gajah
Negeri : Melaka
No.Telefon : 011-2184 7841
E-Mail : adly.zahari@mod.gov.my
Alamat: PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN ALOR GAJAH
Pusat Khidmat Rakyat Alor Gajah, B-21, 21 & 21 B,
Jalan Pusat Niaga Gangsa, Kampung Gangsa, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.
DUN
Yang Berhormat Datuk Fairul Nizam bin Roslan
Jawatan: EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Asahan, Pengerusi Penyelaras JEPERUN Rembia
DUN : N10
Kawasan : ASAHAN
No. Telefon : +6019-983 7882
No. Fax :
E-Mail : fairul@melaka.gov.my
Alamat: JAPERUN ASAHAN
Kompleks JAPERUN Asahan, Jalan Melangkan, 77100 Asahan, Melaka.
JPKK

Encik Mustapar bin Mansur
Jawatan : Pengerusi JPKK Batang Melaka
Alamat : Batu 26 ¾ Kampung Hulu Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka
No Telefon: 019 - 652 1961