dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT - Belajar cara menggunakan website eGUMIS

24 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2022 bersamaan hari selasa, PEDi Batang Melaka telah membuat satu Kelas ICT iaitu Belajar cara menggunakan website eGUMIS. Kelas ini dihadiri oleh En Mohamad bermula 3 petang hingga 4 petang.

Apa itu eGUMIS ? eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) online. WTD yang kena dibayar di sisi undang-undang diklafikasikan kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh yang boleh dikategori sebagai WTD ialah:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan
  • Dividen
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
  • Tuntutan insurans yang diluluskan untuk bayaran
  • Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput.
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.