dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

STEM Inventions

18 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2023 bersamaan hari Ahad, PEDi Batang Melaka telah menganjurkan Program Cuti Sekolah: STEM Inventions untuk pelajar sekolah sekitar Batang Melaka. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memupuk minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik di kalangan pelajar sekolah rendah.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah:
• STEM: Straw Tower – Peserta membina Menara menggunakan straw dan masking tape untuk menguji ketahanan binaan yang mereka cipta
• Soft Skill: Word Building – Aktiviti membina perkataan daripada perkataan yang diberikan
• Soft Skill: Word Snake – Peserta diminta menyambung perkataan menggunakan huruf terakhir yang disebut
• STEM: Dimensi Tiga – Peserta diajar untuk membina bentuk geometri 3D seperti kubus, piramid dan prisma
• STEM: 99 Bottles – Permainan interaktif yang meneroka strategi dan corak
• Advokasi: Word Search Klik dengan Bijak

Program ini bukan sahaja memberi pengalaman praktikal dalam bidang STEM tetapi juga menyediakan platform yang merangsang minat pelajar sekolah dalam bidang sains dan matematik melalui pengalaman belajar yang seronok dan interaktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.