dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Aktiviti Cuti Sekolah: Asas ICT, e-Learning & STEM IoT

3 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Jun 2023 bersamaan hari Jumaat, staff PEDi Batang Melaka telah mengadakan Aktiviti Cuti Sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Asas ICT, e-Learning dan STEM IoT. Bagi Kelas Asas ICT, staff menerangkan kepada peserta yang terlibat mengenai komputer dengan menunjuk satu persatu bahagian komputer, memberitahu tentang fungsi dan cara untuk menggunakannya. Staff turut menunjukkan kedudukan jari yang betul di papan kekunci kepada peserta. Staff juga memberi beberapa latihan kepada peserta supaya peserta dapat membiasakan diri untuk menaip.

Bagi e-Learning, peserta diminta untuk membuka website Treze Coins dengan menggunakan tablet. Treze Coins merupakan website yang dapat membantu peserta supaya dapat membiasakan diri dengan wang dan dapat menguji peserta mengunakan tambah dalam matematik. Peserta diminta untuk mengira nilai syiling yang tepat supaya ia padan dengan jumlah yang diperlukan. Bagi STEM IoT pula, peserta diminta untuk membuat roket yang membolehkan ia meluncur. Staff telah memberi demonstrasi kepada peserta untuk membuat roket tersebut. Peserta turut diminta untuk membuat roket dengan menggunakan bahan yang telah disediakan. Peserta diberi cawan kertas, kertas warna, getah, straw dan gam. Kursus diakhiri dengan sesi perkongsian oleh staff PEDi tentang kesedaran keselamatan Internet iaitu Klik Dengan Bijak.

Pautan Laman Web: Treze Coins

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.