Nadi X Lifelong Learning – Kursus Mahir Foto Minggu 2
28 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 November 2024 bersamaan hari Rabu, Kursus Mahir Foto Minggu 2 telah dijalankan di bawah bimbingan Ahmad Hanif Hajar Mohideen atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hanif.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pengenalan kepada dunia fotografi serta mengajar cara asas penggunaan kamera telefon pintar.
Aktiviti Utama:
• Pengenalan kepada Mahir Training System (MTS) – Cara menghantar surat cuti
• Pengenalan kepada Fotografi
• Jenis-jenis kamera
• Demonstrasi menggunakan mod potret pada kamera telefon pintar
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancer dan memberikan asas yang kukuh kepada peserta untuk mempelajari seni fotografi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: