Nadi X Lifelong Learning – Kelas Kesedaran Sesi 3
4 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 03 November 2024 bersamaan hari Ahad, Kelas Kesedaran Sesi 3 telah diadakan sebagai kesinambungan kepada usaha meningkatkan kesedaran peserta mengenai peluang dalam industri e-sukan.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang peluang sebenar yang ditawarkan oleh industri e-sukan. Program ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana e-sukan boleh dijadikan laluan kerjaya yang sah dan berpotensi untuk generasi muda.
Aktiviti Utama:
• Menonton Podcast NADI Malaysia di YouTube – Episod 1: e-Sukan Sebagai Peluang Kerjaya
Perkara-perkara Utama yang Dibincangkan:
• Peluang Sebenar yang Ditawarkan oleh Industri e-Sukan
• Bagaimana e-Sukan Menjadi Laluan Kerjaya Sah dan Menguntungkan
• Sokongan dan Inisiatif KBS untuk Belia
Secara keseluruhannya, program ini telah memberi gambaran yang jelas kepada peserta tentang peluang kerjaya dalam e-sukan serta usaha yang dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menyokong pembangunan bakat tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: