Taklimat Teknologi Maklumat Untuk Pengisian Pembelajaran Digital Kepada Guru Smk Nyalas
5 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 04 November 2024 bersamaan hari Isnin, Taklimat Teknologi Maklumat untuk Pengisian Pembelajaran Digital kepada Guru SMK Nyalas telah diadakan.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para guru mengenai penggunaan teknologi terkini, termasuk kecerdasan buatan (AI), untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran digital di sekolah. Program ini bertujuan untuk melatih guru dalam memanfaatkan aplikasi AI seperti ChatGPT, Gamma.app dan Napkin AI untuk tugasan pendidikan.
Aktiviti Utama:
• Taklimat Teknologi Maklumat: Penggunaan AI untuk Guru
i. ChatGPT – Menulis prompt, membuat soalan peperiksaan, membuat RPH dan menghasilkan nota ringkas
ii. Gamma.app – Menyediakan slaid pembentangan automatik daripada nota ringkas
iii. Napkin AI – Menghasilkan peta minda secara automatik daripada nota ringkas
Aktiviti Sampingan:
• Pengenalan NADI
• Taklimat NADI Nurture (eKelas)
• Taklimat SHIELD
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya memberikan input yang sangat berguna kepada para guru di SMK Nyalas. Dengan pendedahan kepada aplikasi AI dan keselamatan berinternet, guru-guru diharap dapat mengaplikasikan teknologi ini untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka dan melindungi diri mereka dalam dunia digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: