dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Basic Ent – Asas Perakaunan: Buku Tunai

2 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2024, bersamaan hari Jumaat, NADI Batang Melaka telah mengadakan kelas Asas Perakaunan: Buku Tunai untuk usahawan NADI. Tujuan kelas ini adalah untuk memberikan pemahaman yang kukuh kepada peserta mengenai pengurusan buku tunai dan aspek-aspek penting dalam perakaunan perniagaan.

Antara modul yang diajarkan adalah:

  • Penerangan mengenai kitaran perakaunan.
  • Pengenalan kepada pelbagai jenis dokumen sumber yang digunakan dalam perakaunan.
  • Pengenalan kepada Buku Catatan Pertama seperti Jurnal Am & Jurnal Khas.
  • Penekanan terhadap Buku Tunai sebagai alat penting dalam merekod transaksi tunai harian perniagaan.
  • Pembelajaran praktikal dalam membuat Buku Tunai menggunakan perisian Excel.

Melalui kelas ini, diharapkan usahawan dapat memperoleh asas-asas penting dalam perakaunan yang akan membantu mereka dalam pengurusan kewangan, terutamanya dalam perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.