dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

ICT – Laman Web: PERKESO Portal Assist

6 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Ogos 2024 bersamaan hari Isnin, NADI Batang Melaka telah membantu komuniti khususnya majikan dalam memahami dan memudahkan proses pembayaran PERKESO untuk pekerja mereka melalui Portal Assist.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuk:

  • Membuat Pembayaran PERKESO untuk Pekerja: Panduan langkah demi langkah tentang cara mengakses portal, memastikan semua pembayaran dilakukan dengan betul dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Membuat Pembayaran memlaui FPX Payment: Membantu majikan memahami cara menggunakan sistem FPX untuk memproses pembayaran secara dalam talian dengan mudah dan selamat.

Kelas ini dapat membekalkan pengetahuan penting kepada komuniti majikan dalam pengurusan pembayaran PERKESO, memudahkan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih efisien melalui platform digital.

Terima kasih kepada komuniti Batang Melaka kerana menggunakan perkhidmatan di NADI Batang Melaka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.