dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Komuniti Batang Melaka 2024

2 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Septmber 2024 bersamaan hari Ahad, KRT Kampung Hilir dan KRT Pekan Batang Melaka telah menganjurkan Program Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Komuniti Batang Melaka 2024 dengan kerjasama NADI Batang Melaka dan Perpustakaan Desa Batang Melaka di Perkarangan Masjid Assyakirin dan NADI Batang Melaka.

Program ini diadakan untuk memupuk semangat patriotisme serta meningkatkan kesedaran komuniti tentang pentingnya merayakan Kemerdekaan dan Hari Malaysia serta memperkenalkan budaya dan sejarah negera melalui aktiviti interaktif.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah:

  • Senamronik – Aktiviti ini menggalakkan gaya hidup sihat sambil meningkatkan semangat komuniti.
  • Cari Bendera – Pertandingan ini membantu peserta mengenali dan mengingat bendera-bendera negeri di Malaysia.
  • Jejak Sejarah – Permainan papan mengenai Malaysia ini bertujuan meningkatkan kesederan dan pengetahuan tentang sejarah, budaya dan warisan negara. Aktiviti ini melibatkan kuiz pengetahuan, pantun teka-teki, membaca syair, memasang blok bendera menyanyikan lagu patriotik dan lagu rakyat.
  • Pertandingan Mewarna – Terdapat 5 kategori untuk pelbagai peringkat umur.
  • Word Search – Terdapat 2 kategori.
  • Word Search – Terdapat 2 kategori.
  • Gubahan Tanjak – Pertandingan ini memperkenalkan seni tradisional gubahan tanjak sebagai warisan budaya Melayu.
  • Taklimat dan Kuiz Buli Siber.
  • Cabutan Bertuah.
  • Teka Gula-gula.

Program ini bukan sahaja merayakan hari bersejarah tetapi juga menyemarakkan rasa cinta dan bangga terhadap negara dalam kalangan komuniti dari pelbagai peringkat umur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.