Nadi X Lifelong Learning: Kursus Mahir Baiki Gajet Minggu 7
11 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10/02/2025 bersamaan hari Isnin, Kursus Mahir Baiki Gajet Minggu 7 di bawah bimbingan Cikgu Fazli Saad telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pemahaman asas mengenai peranti iPhone, termasuk ciri-ciri, sejarah serta sistem perisiannya bagi meningkatkan pengetahuan peserta tentang teknologi moden.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan iPhone
- Ciri-ciri iPhone
- Sistem Perisian (Software) iPhone
- Menjawab Kuiz
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendalami pengetahuan mengenai iPhone, memahami fungsi serta sistem perisiannya dan mengasah kemahiran menyelesaikan masalah teknikal asas yang sering dihadapi pengguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: