PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2025
11 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Ogos 2025 bersamaan hari Ahad, Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2025 anjuran NADI Batang Melaka dan JPKK Batang Melaka. Tujuan utama program ini adalah untuk memudahkan komuniti Batang Melaka khususnya pekebun kecil dan penoreh getah untuk membuat permohonan dan kemas kini maklumat berkaitan bantuan tersebut dengan lebih mudah, teratur dan tanpa sebarang kos.
Aktiviti Utama:
- Kemas Kini Maklumat Peribadi, Maklumat Tanah dan Dokumen Sokongan
- Mengisi Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh
- Saringan Asas Kesihatan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menguruskan urusan permohonan bantuan dengan lebih mudah dan tersusun, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membuat kemas kini maklumat bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: