NADI X KOMUNITI MADANI: MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM & PENYERAHAN KIT JALUR GEMILANG
15 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2025 bersamaan hari Khamis, Mesyuarat Penyelasaran Program & Penyerahan Kit Jalur Gemilang telah diadakan. Mesyuarat ini melibatkan Petugas NADI Batang Melaka, Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Jasin dan Ahli Komuniti Madani Selandar. Tujuan utama program ini adalah untuk menyelaras persiapan program akan datang dengan lebih teratur serta memupuk semangat patriotisme melalui penyerahan Kit Jalur Gemilang sebagai symbol penyatuan komuniti dalam menyambut Bulan Kebangsaan.
Aktiviti Utama:
- Mesyuarat Penyelarasan Program
- Perbincangan bersama Komuniti Madani Selandar
- Penyerahan Kit Jalur Gemilang oleh Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Jasin
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada semua pihak untuk mengukuhkan kerjasama, meningkatkan semangat kebersamaan serta menyemarakkan lagi rasa kecintaan terhadap tanah air menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: