Nadi X Cybersecurity: Webinar Ancaman Siber Dalam Esport
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15/03/2025 bersamaan hari Sabtu, Webinar Ancaman Siber dalam eSport di bawah bimbingan Encik Muhammad Zaim telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk untuk memberikan kesedaran kepada komuniti, khususnya pemain e-sukan, mengenai ancaman siber yang berpotensi berlaku dalam dunia e-sukan serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi data peribadi dan akaun permainan mereka.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan kepada Ancaman Siber dalam e-Suka
- Kes Kajian Serangan Siber dalam Industri Permainan
- Langkah-Langkah Keselamatan Digital
- Etika dan Keselamatan dalam Komuniti e-Sukan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami kepentingan keselamatan siber dalam e-sukan, mempelajari cara melindungi akaun mereka daripada serangan siber, serta meningkatkan kesedaran tentang etika dan tanggungjawab dalam komuniti permainan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: