Nadi X Mahir: Kursus Mahir Foto Minggu 20
17 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16/04/2025 bersamaan hari Rabu, Kursus Mahir Foto Minggu 20 di bawah bimbingan Cikgu Azfarina Sulaiman telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk mengakhiri siri kursus Mahir Foto dengan merangkum semula semua modul yang telah dipelajari sepanjang 20 minggu, serta memberikan ruang refleksi kepada para peserta mengenai kemajuan dan pencapaian mereka sepanjang program ini.
Aktiviti Utama:
- Kelas Terakhir: Penutup & Apresiasi
- Recap Modul Fotografi (Minggu 1–10)
- Recap Modul Videografi (Minggu 11–14)
- Recap Modul Content Creator (Minggu 15–19)
- Sesi Penghargaan & Harapan Masa Depan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mengimbas kembali perjalanan pembelajaran mereka, menghargai pencapaian masing-masing, dan menanam semangat untuk terus berkarya dalam bidang fotografi, videografi, serta penciptaan kandungan digital secara berterusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: