dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Nadi X Cybersecurity: Keselamatan Siber Untuk Wanita

19 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18/04/2025 bersamaan hari Jumaat, Keselamatan Siber untuk Wanita di bawah bimbingan Cik Nafisah Maisarah telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan golongan wanita kepada kepentingan keselamatan siber dalam kehidupan seharian serta membuka peluang kepada mereka untuk menerokai kerjaya dalam bidang keselamatan siber yang semakin berkembang pesat di era digital ini.

Aktiviti Utama:
- Pengenalan Keselamatan Siber Untuk Wanita
- Apa Itu Hacker?
- Peluang Pekerjaan Dalam Cybersecurity
- Contoh Cybersecurity – Info Gathering (OSINT)
- Contoh Scam – Fake QR Phishing
- Kepentingan Keselamatan Siber
- Laluan Kerjaya Dalam Cybersecurity
- Kelebihan Wanita Dalam Bidang Cybersecurity

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menyedari ancaman keselamatan siber yang wujud dalam kehidupan harian, mengenal pasti langkah perlindungan yang praktikal, serta membuka minda mereka terhadap potensi kerjaya dalam bidang keselamatan siber yang sangat relevan dan kritikal pada masa kini – khususnya dalam memperkasakan wanita sebagai pelindung ruang digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.