Nadi X Mahir: Kursus Mahir Masak Minggu 16
21 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20/04/2025 bersamaan hari Ahad, Kursus Mahir Masak Minggu 16 di bawah bimbingan Cikgu Surayah Sapie / Cikgu Rosnaini Bustam telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pembuatan sos asas yang lazat serta teknik penyediaan hidangan barat seperti piza dan lasagna, dengan menekankan aspek penyediaan dari awal untuk memastikan rasa yang lebih asli dan berkualiti.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan Sos Piza & Lasagna
- Demonstrasi Penyediaan Sos Piza
- Resepi & Cara Pembuatan Sos Bolognese
- Resepi & Teknik Sos Putih (White Sauce)
- Penyediaan dan Penyusunan Lasagna
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik asas dalam penyediaan sos dan masakan barat, meningkatkan keyakinan dalam memasak dari rumah, serta menyemai minat mendalam terhadap dunia kulinari secara lebih serius dan menyeronokkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: