dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X KESEDARAN: KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SK SELANDAR

22 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2025 bersamaan hari Khamis, Kempen Internet Selamat di SK Selandar telah dilaksanakan oleh Petugas NADI dengan penglibatan daripada NADI Felda Tun Ghafar Air Kangkong, NADI Batang Melaka, NADI Masjid Baru, NADI Kesang Barat, NADI Kampung Chabau & NADI Taman Paya Dalam. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai asas penggunaan Internet, memahami had umur penggunaan media sosial, menyedarkan mereka tentang ancaman siber, serta membantu murid mengenal pasti pilihan aktiviti alternatif yang lebih sihat dan bermanfaat di luar media sosial.

Aktiviti Utama:
- Penerapan Minta: Pecah Ruyung
Pengenalan asas literasi digital, had umur penggunaan media sosial, kesedaran risiko buli siber & pengantunan seksual dalam talian
- Pelajaran 1: Stesen Literasi Digital
Memahami konsep asas internet, fungsi media sosial & jenis aplikasi melalui aktiviti interaktif
- Pelajaran 2: Stesen Had Umur Media Sosial
Mengenal pasti had umur minimum platform popular
- Pelajaran 3: Stesen Bahaya Media Sosial 1
Mempelajari risiko buli siber, kandungan berbahaya, privasi serta saluran melapor isu dalam talian
- Pelajaran 4: Stesen Bahaya Media Sosial 2
Mengenal pasti kandungan tidak senonoh & taktik pemangsa, serta perlindungan diri
- Pelajaran 5: Stesen Alternatif Media Sosial
Menjelajahi aktiviti masa lapang yang kreatif & seimbang selain penggunaan media sosial

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk memahami literasi digital dengan lebih mendalam, mengenal pasti risiko ancaman siber, mengetahui peranan ibu bapa dan orang dewasa sebagai saluran pelaporan, serta menanam kesedaran bahawa masa lapang boleh diisi dengan aktiviti positif selain media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.