Nadi X Inisiatif Kerajaan: Pendaftaran Akaun Mysalam
23 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22/04/2025 bersamaan hari Selasa, Pendaftaran Akaun mySalam di bawah bimbingan Petugas NADI Batang Melaka telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi penerangan dan bimbingan secara langsung kepada komuniti mengenai Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam – sebuah inisiatif kerajaan yang menyediakan perlindungan kesihatan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah di Malaysia.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
- Semakan Kelayakan
- Sesi Log Masuk & Navigasi Portal
- Penjelasan Manfaat yang Boleh Dituntut
- Muat Turun Borang Penyakit Kritikal
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendapat pemahaman yang jelas mengenai manfaat skim mySalam, meningkatkan kesedaran tentang perlindungan kesihatan yang tersedia kepada golongan B40, dan membimbing mereka dalam proses tuntutan secara tepat dan mudah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: