Nadi X Lifelong Learning: Kursus Mahir Masak Minggu 9
23 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22/02/2025 bersamaan hari Sabtu, Kursus Mahir Masak Minggu 9 di bawah bimbingan Cikgu Surayah Sapie / Cikgu Rosnaini Bustam / Cikgu Anne Hasra telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan kaedah pembuatan Red Velvet Soft Cookies secara teori dan praktikal serta memahami perbezaan antara bahan penaik yang digunakan dalam pembuatan biskut.
Aktiviti Utama:
- Senarai Peralatan yang Diperlukan
- Senarai Bahan Mentah & Sukatan
- Perbezaan antara Soda Bikarbonat dan Baking Powder
- Langkah Pembuatan Red Velvet Soft Cookies
- Pemberitahuan Tugasan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam teknik pembuatan biskut, membezakan bahan penaik yang sesuai dalam masakan serta mengasah kemahiran praktikal dalam penyediaan Red Velvet Soft Cookies dengan hasil yang berkualiti dan sedap dinikmati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: