Nadi X Mahir: Kursus Mahir Masak Short Learning Series - Pembuatan Pie Quiche
26 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25/03/2025 bersamaan hari Selasa, Kursus Mahir Masak Short Learning Series - Pembuatan Pie Quiche di bawah bimbingan Cikgu Rosnaini telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam pembuatan pie quiche, termasuk penyediaan kulit pastri, inti ayam cendawan, serta krim yang digunakan dalam hidangan ini.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan kepada Pembuatan Pie Quiche
- Peralatan yang Diperlukan
- Bahan untuk Membuat Kulit Pastri
- Cara Penyediaan Kulit Pastri
- Bahan untuk Membuat Filling Ayam Cendawan
- Cara Penyediaan Filling Ayam Cendawan
- Bahan untuk Krim
- Cara Penyediaan Krim
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik asas pembuatan pie quiche dengan lebih terperinci, meningkatkan kemahiran kulinari mereka, serta membina keyakinan dalam penyediaan hidangan yang enak dan berkualiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: