dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Nadi X Esukan: Kelas Pensijilan - Kawalan Emosi Dan Mental Juara

28 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 27/04/2025 bersamaan hari Ahad, Kelas Pensijilan - Kawalan Emosi dan Mental Juara melalui Portal NADI e-Sukan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kawalan emosi serta pembangunan mental yang mantap dalam kalangan pemain e-sukan, sekali gus melahirkan atlet digital yang lebih bersedia dari segi psikologi dan disiplin.

Aktiviti Utama:
- Emosi dalam E-Sukan
- Teknik Kawalan Emosi
- Bina Sikap dan Mental Juara
- Latihan dan Habit Harian

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami peranan emosi dalam permainan kompetitif, membentuk minda yang kuat dan sikap positif, serta membina tabiat harian yang menyumbang kepada kestabilan mental dan kecemerlangan jangka panjang dalam e-sukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.