Nadi X Esukan: Kelas Pensijilan - Kod Etika Pemain E-Sukan
28 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27/04/2025 bersamaan hari Ahad, Kelas Pensijilan - Kod Etika Pemain e-Sukan melalui Portal NADI e-Sukan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk mendidik para peserta, khususnya pemain e-sukan, mengenai kepentingan etika dalam dunia permainan digital, serta membentuk nilai profesionalisme dan tanggungjawab dalam kalangan komuniti e-sukan.
Aktiviti Utama:
- Apa itu Etika?
- Kod Etika E-Sukan
- Simulasi Senario
- Ikrar dan Latihan Etika Harian
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menyedari tanggungjawab moral sebagai pemain e-sukan, meningkatkan kefahaman tentang nilai dan prinsip etika, serta menggalakkan pembentukan budaya permainan yang positif, hormat dan profesional dalam komuniti digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: