NADI X MAHIR: MAHIR PERTANIAN PINTAR MINGGU 2
31 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 30 Julai 2025 bersamaan hari Rabu, Mahir Pertanian Pintar Minggu 2 di bawah bimbingan Cikgu Hanif telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pengenalan asas pertanian fertigasi sebagai salah satu cabang pertanian moden, yang bukan sahaja meningkatkan hasil tanaman tetapi juga menjamin keberkesanan penggunaan sumber dalam jangka masa panjang.
Aktiviti Utama:
- Fertigasi dalam Cabang Hidroponik
- Jenis dan Kaedah Amalan Fertigasi di Malaysia
- Keperluan Fertigasi
- Kandungan Baja
- Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi Ladang
- Sistem Lindungan Hujan dan Serangga
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami asas penting dalam sistem pertanian fertigasi, sekali gus mendorong mereka untuk lebih bersedia mempraktikkan kaedah ini dalam skala kecil mahupun besar pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: