NADI X KESEDARAN: KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SM ARAB ASSYAKIRIN
7 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 Ogos 2025 bersamaan hari Rabu, Kempen Internet Selamat di SM Arab Assyakirin telah dilaksanakan oleh Petugas NADI dengan penglibatan daripada NADI Felda Tun Ghafar Air Kangkong, NADI Air Panas, NADI Masjid Baru, NADI Kampung Chabau,& NADI Kampung Terentang. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai keselamatan internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna lain, serta Kesan jangka panjang penggunaan internet dalam kehidupan harian.
Aktiviti Utama:
- Penerapan Minta: Pecah Ruyung – Kerusi Beracun
Menyedarkan pelajar tentang risiko jenayah dalam talian & bahawa semua orang berpotensi menjadi sasaran
- Pelajaran 1: Fakta atau Auta
Melatih pelajar membezakan maklumat benar dan palsu, khususnya di media sosial
- Pelajaran 2: Detektif Jejak Digital
Memahami kesan jangka panjang perkongsian maklumat peribadi di internet
- Pelajaran 3: “Red Flag”
Mengenal pasti tanda-tanda pengantunan seksual dalam talian dan langkah pencegahan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendedahan mendalam tentang keselamat internet, memahami risiko dan ancaman yang wujud di alam maya, serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang sesuai demi melindungi diri dan orang lain daripada bahaya siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: