dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X KESEDARAN: KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SJK(C) KIOW NAM

8 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Ogos 2025 bersamaan hari Khamis, Kempen Internet Selamat di SJK(C) Kiow Nam telah dilaksanakan oleh Petugas NADI dengan penglibatan daripada NADI Batang Melaka, NADI Masjid Baru & NADI Air Panas. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai penggunaan internet secara bijak, selamat dan bertanggungjawab serta memberi kesedaran tentang risiko dan ancaman dunia siber yang dihadapi oleh murid sekolah rendah.

Aktiviti Utama:
- Penerapan Minta: Pecah Ruyung
Pengenalan asas literasi digital, had umur penggunaan media sosial, kesedaran risiko buli siber & pengantunan seksual dalam talian
- Pelajaran 1: Stesen Literasi Digital
Memahami konsep asas internet, fungsi media sosial & jenis aplikasi melalui aktiviti interaktif
- Pelajaran 2: Stesen Had Umur Media Sosial
Mengenal pasti had umur minimum platform popular
- Pelajaran 3: Stesen Bahaya Media Sosial 1
Mempelajari risiko buli siber, kandungan berbahaya, privasi serta saluran melapor isu dalam talian
- Pelajaran 4: Stesen Bahaya Media Sosial 2
Mengenal pasti kandungan tidak senonoh & taktik pemangsa, serta perlindungan diri
- Pelajaran 5: Stesen Alternatif Media Sosial
Menjelajahi aktiviti masa lapang yang kreatif & seimbang selain penggunaan media sosial

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk memahami literasi digital dengan lebih mendalam, mengenal pasti risiko ancaman siber, mengetahui peranan ibu bapa dan orang dewasa sebagai saluran pelaporan, serta menanam kesedaran bahawa masa lapang boleh diisi dengan aktiviti positif selain media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.