Nadi X Mahir: Kursus Mahir Baiki Gajet Minggu 13
9 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08/04/2025 bersamaan hari Selasa, Kursus Mahir Baiki Gajet Minggu 13 di bawah bimbingan Cikgu Fazli Saad telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan asas kepada peserta berkenaan teknik-teknik membaiki gajet, khususnya dalam membuka dan menangani komponen dalaman komputer riba dengan cara yang betul dan selamat.
Aktiviti Utama:
- Demonstrasi Membuka Laptop Model XPS 13
- Panduan Menanggalkan Penutup Tapak
- Cara Memutuskan Sambungan Kabel Bateri Daripada Papan Sistem
- Tips Sebelum dan Selepas Bekerja Dalam Komputer
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari asas pembaikan komputer riba secara selamat dan bersistematik, sekaligus membina keyakinan untuk mengendalikan peranti elektronik sendiri dengan lebih cekap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: