Nadi X Lifelong Learning: Kursus Mahir Masak Minggu 7
10 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 09/02/2025 bersamaan hari Ahad, Kursus Mahir Masak Minggu 7 di bawah bimbingan Cikgu Surayah Sapie / Cikgu Rosnaini Bustam / Cikgu Anne Hasra telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik pembuatan burger secara teori dan praktikal, termasuk penyediaan patty, sos dan sapuan roti yang sedap.
Aktiviti Utama:
- Pembuatan Burger (Teori) – Langkah-langkah
- Resepi: Patty Burger Ayam & Daging
- Resepi Sos Black Pepper
- Resepi Garlic Spread
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik pembuatan burger secara menyeluruh, menguasai penyediaan pelbagai jenis patty dan sos serta meningkatkan kemahiran memasak mereka untuk kegunaan harian atau potensi perniagaan makanan di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: