NADI X KESEDARAN: WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT – ANCAMAN SIBER!
2 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 01 Julai 2025 bersamaan hari Selasa, Webinar Kempen Internet Selamat – Ancaman Siber! di bawah bimbingan Cik Atiqah telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta, khususnya generasi muda, mengenai ancaman siber yang wujud dalam era digital serta cara melindungi diri daripada risiko keselamatan dalam talian.
Aktiviti Utama:
- Definisi Ancaman Siber
- Pengenalan Malware
- Jenis-jenis Malware
- Tanda-tanda Peranti Dijangkiti Malware
- Evolusi Ancaman Siber
- Cara Kekal Selamat
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih jelas tentang risiko ancaman siber, mengenali tanda-tanda bahaya, serta mengamalkan langkah pencegahan yang tepat agar kekal selamat di dunia digital. Pengetahuan ini sangat penting kerana kanak-kanak dan remaja hari ini membesar dalam dunia digital, menjadikan keselamatan siber bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan asas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: