NADI X CYBERSECURITY: WEBINAR DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN: ASAS TINDAK BALAS INSIDEN & FORENSIK DIGITAL
11 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2025 bersamaan hari Khamis, Webinar Dari Serangan Siber Ke Pemulihan: Asas Tindak Balas Insiden & Forensik Digital di bawah bimbingan Encik Izzat Hamizan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kepentingan tindakan pantas selepas berlakunya serangan siber serta pemahaman asas tentang bagaimana siasatan forensik digital dijalankan untuk mengenal pasti punca dan kesan serangan.
Aktiviti Utama:
- Langkah Asas Tindak Balas Insiden
- Pengenalan Forensik Digital
- Teknik OSINT & Google Dorks
- Demonstrasi Insiden & Analisis Forensik Langsung
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendalami asas tindak balas insiden, memahami proses forensik digital, dan menguasai teknik carian maklumat terbuka yang boleh dimanfaatkan dalam dunia keselamatan siber. Webinar ini juga membuka mata peserta tentang pentingnya tindak balas yang pantas dan tepat dalam meminimumkan kesan serangan siber serta langkah pemulihan seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: