dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X KESEDARAN: KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SMK SELANDAR

17 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2025 bersamaan hari Rabu, Kempen Internet Selamat @ SMK Selandar di bawah bimbingan Petugas NADI telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah memberikan kesedaran tentang kepentingan keselamatan internet kepada pelajar sekolah, khususnya dalam mengenal pasti risiko penggunaan Internet, memeriksa kesahihan maklumat, memahami kesan jejak digital, serta mengetahui langkah pencegahan terhadap ancaman dalam talian.

Aktiviti Utama:

  • Pecah Ruyong – Hot Seat Risiko Penggunaan Internet
  • Fakta atau Auta – Kenal Pasti Sumber Sahih
  • Detektif Jejak Digital – Kesan daripada Jejak Digital yang Ditinggalkan
  • Red Flag – Kenal Pasti Ancaman dalam Talian & Tindakan Selamat

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendalami isu keselamatan Internet secara interaktif, memupuk sikap berhati-hati ketika melayari dunia maya, dan seterusnya menjadi pengguna Internet yang lebih bijak, selamat, dan bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.