NADI X KESEDARAN: WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT MALWARE: BAHAYA TERSEMBUNYI!
20 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2025 bersamaan hari Sabtu, Webinar Kempen Internet Selamat Malware: Bahaya Tersembunyi! di bawah bimbingan Encik Harith telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah memberi kesedaran kepada peserta mengenai ancaman malware yang semakin meningkat, serta cara mengenal pasti, mencegah dan melindungi diri daripada serangan yang boleh menjejaskan keselamatan digital.
Aktiviti Utama:
- Memahami Apa Itu Malware
- Perbezaan Malware & Laman Web Berbahaya
- Jenis-Jenis Malware
- Tanda-Tanda / Kesan Jangkitan Malware
- Cara-Cara Penyebaran Malware
- Langkah Mencegah Malware
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami ancaman sebenar yang dibawa oleh malware, mengenali tanda-tanda awal jangkitan, dan mengamalkan langkah pencegahan yang berkesan untuk melindungi peranti serta maklumat peribadi. Ini adalah ilmu penting bagi remaja yang membesar dalam persekitaran digital, menjadikan pengetahuan keselamatan siber sebagai satu keperluan asas, bukan pilihan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: