NADI X MAHIR: MAHIR PERTANIAN PINTAR MINGGU 1
24 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2025 bersamaan hari Rabu, Mahir Pertanian Pintar Minggu 1 di bawah bimbingan Cikgu Hanif Haja telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan peserta kepada asas pertanian pintar serta memahami penggunaan sistem pembelajaran Mahir Training System (MTS) yang menjadi platform utama sepanjang kursus ini berlangsung.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan Pengajar
- Cara Penggunaan Mahir Training System (MTS)
- Pengenalan Kursus Pertanian Pintar
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mengenali pendekatan pembelajaran pertanian pintar secara berstruktur, memahami penggunaan sistem latihan digital MTS, serta bersedia dengan asas yang kukuh untuk meneruskan kursus dengan lebih efektif pada minggu-minggu berikutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: