NADI X NURTURE: WEBINAR EKELAS USAHAWAN MENGURUS DAN MENGUKUR KEBERKESANAN PEMASARAN DIGITAL
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2025 bersamaan hari Khamis, Webinar eKelas Usahawan Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital di bawah bimbingan Encik Azhar telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan panduan praktikal kepada para usahawan mengenai cara mengurus, memantau, dan mengukur keberkesanan kempen pemasaran digital mereka tanpa membazir kos, sekali gus meningkatkan hasil perniagaan dengan strategi yang lebih berkesan.
Aktiviti Utama:
- Pengurusan & Pemantauan Kempen Pemasaran Digital
- Penggunaan Alat Automasi Digital
- Strategi Menjimatkan Kos dengan Hasil Maksimum
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendalami strategi pemasaran digital, mengenal pasti alat yang boleh membantu meningkatkan keberkesanan kempen, serta mengurus kos dengan lebih bijak untuk mendapatkan hasil yang optimum dalam dunia pemasaran digital moden.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: