NADI X CYBERSECURITY: WEBINAR KESELAMATAN AKAUN MEDIA SOSIAL – BAGAIMANA PHISHING BOLEH AMBIL ALIH AKAUN ANDA
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2025 bersamaan hari Khamis, Webinar Keselamatan Akaun Media Sosial – Bagaimana Phishing Boleh Ambil Alih Akaun Anda di bawah bimbingan Encik Izzat Hamizan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman keselamatan yang berkaitan dengan akaun media sosial, khususnya serangan phishing yang berpotensi untuk mencuri maklumat peribadi serta mengambil alih akaun walaupun dilindungi dengan pengesahan dua faktor (2FA).
Aktiviti Utama:
- Pengenalan Ancaman Media Sosial
- Teknik Audit Akaun
- Semakan Tetapan Privasi
- Demo Serangan Phishing
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami ancaman sebenar dalam talian, mengenal pasti kelemahan pada akaun media sosial mereka, serta mengaplikasikan langkah keselamatan yang lebih ketat untuk mengelakkan serangan phishing. Pengetahuan ini sangat penting untuk melindungi identiti digital dan mengurangkan risiko akaun diambil alih oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: