dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X NURTURE: WEBINAR EKELAS USAHAWAN AI UNTUK MENCIPTA KANDUNGAN

25 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2025 bersamaan hari Khamis, Webinar eKelas Usahawan AI untuk Mencipta Kandungan di bawah bimbingan Encik Azhar telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan para usahawan dan pencipta kandungan kepada potensi kecerdasan buatan (AI) dalam mempercepatkan proses penciptaan kandungan yang kreatif, menarik, dan berkesan untuk menarik perhatian pelanggan serta mengurangkan tekanan dalam penghasilan idea.

Aktiviti Utama:

  • Pengenalan AI untuk Pencipta Kandungan
  • Menjana Idea Kandungan Tanpa Tekanan
  • Penggunaan Alat AI yang Menjimatkan Masa
  • Strategi Meningkatkan Perhatian Pelanggan

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk meneroka potensi AI sebagai alat bantu berkesan dalam menjana idea, mempercepatkan proses penghasilan kandungan, serta meningkatkan daya tarikan pemasaran digital mereka. Usahawan kini lebih bersedia untuk memanfaatkan teknologi ini bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing di pasaran digital yang pantas berkembang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.