NADI X Lifelong Learning: Kursus Mahir Baiki Gajet minggu 3
8 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07/01/2025 bersamaan hari Selasa, Kursus Mahir Baiki Gajet Minggu 3 di bawah bimbingan Cikgu Fazli Saad telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai dunia pembaikan telefon pintar, serta memberikan pengetahuan tentang peluang kerjaya dan potensi pendapatan dalam bidang ini.
Aktiviti Utama:
- Sejarah & Evolusi Telefon Pintar
- Potensi Menjana Pendapatan Dalam Bidang Baik Pulih Telefon Pintar
- Peluang Kerjaya Dalam Bidang Baik Pulih Telefon Pintar
- Langkah Asas Keselamatan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami lebih mendalam tentang potensi kerjaya dalam bidang baik pulih telefon pintar, mengasah kemahiran teknikal mereka, serta mengenali peluang untuk menambah pendapatan dalam industri yang semakin berkembang ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: