dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X KESEDARAN: WEBINAR PENIPUAN PEMBELIAN DALAM TALIAN

19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2025 bersamaan hari Sabtu, Webinar Penipuan Pembelian Dalam Talian di bawah bimbingan Encik Harith telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang ancaman penipuan pembelian dalam talian yang semakin berleluasa, serta membimbing mereka mengenal pasti taktik penipuan yang licik agar dapat melindungi diri dan kewangan ketika melakukan urusan dalam talian.

Aktiviti Utama:
1. Definisi Penipuan Pembelian Dalam Talian
2. Platform Penipuan Pembelian Dalam Talian
3. Modus Operandi Penipuan Pembelian Dalam Talian
4. Cara Mengatasi Penipuan Pembelian Dalam Talian
5. Implikasi Penipuan Pembelian Dalam Talian

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih jelas bentuk-bentuk penipuan dalam talian, mengetahui cara melindungi maklumat peribadi serta mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat pembelian digital. Program ini turut menanam kesedaran agar pengguna lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran harga murah yang menjadi umpan penjenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.