NADI X CYBERSECURITY: ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM
29 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Oktober 2025 bersamaan hari Selasa, On Demand Webinar: Ancaman Siber di Tempat Awam telah diadakan melalui platform LMS Cybersecurity. Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada bentuk-bentuk ancaman siber yang kerap berlaku di ruang awam, menunjukkan secara langsung teknik serangan sebenar seperti klon kad dan penggunaan alat pengesan serta melengkapkan peserta dengan langkah-langkah pencegahan praktikal supaya mereka dapat melindungi maklumat dan peranti peribadi apabila berada di tempat awam.
Aktiviti Utama:
- Demo Langsung Card Cloning
- Pendedahan Tracker Gadget
- Cara penjahat memanfaatkan kelemahan pengguna di tempat umum
- Tindakan pencegahan yang mampu kita lakukan ketika berada di tempat umum
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan apabila berada di ruang awam, menyaksikan secara langsung teknik ancaman yang sebenar, dan mempelajari langkah-langkah praktikal yang mampu mengurangkan kebarangkalian menjadi mangsa pencurian data atau penjejakan — sekali gus menanamkan sikap berwaspada dan bertanggungjawab terhadap keselamatan data peribadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: