dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X KESEDARAN: KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SK BATANG MELAKA

3 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 02 September 2025 bersamaan hari Selasa, Kempen Internet Selamat di SK Batang Melaka telah dilaksanakan oleh Petugas NADI dengan penglibatan daripada NADI Batang Melaka & NADI Masjid Baru. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai asas penggunaan Internet, memahami had umur penggunaan media sosial, menyedarkan mereka tentang ancaman siber, serta membantu murid mengenal pasti pilihan aktiviti alternatif yang lebih sihat dan bermanfaat di luar media sosial.

Aktiviti Utama:

  • Pelajaran 1: Kenapa Perlu Had Umur Media Sosial?
    Memahami konsep asas internet, fungsi media sosial & jenis aplikasi melalui aktiviti interaktif
    Mengenal pasti had umur minimum platform popular
  • Pelajaran 2: Kesan Penggunaan Media Sosial Kepada Kanak-kanak
    Mempelajari risiko buli siber, kandungan berbahaya, privasi serta saluran melapor isu dalam talian
    Mengenal pasti kandungan tidak senonoh & taktik pemangsa, serta perlindungan diri
  • Pelajaran 3: Stesen Alternatif Media Sosial
    Menjelajahi aktiviti masa lapang yang kreatif & seimbang selain penggunaan media sosial

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk memahami literasi digital dengan lebih mendalam, mengenal pasti risiko ancaman siber, mengetahui peranan ibu bapa dan orang dewasa sebagai saluran pelaporan, serta menanam kesedaran bahawa masa lapang boleh diisi dengan aktiviti positif selain media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.