NADI X KESEDARAN: KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SK BUKIT SENGGEH
3 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 02 September 2025 bersamaan hari Selasa, Kempen Internet Selamat di SK Bukit Senggeh telah dilaksanakan oleh Petugas NADI Batang Melaka. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai asas penggunaan Internet, memahami had umur penggunaan media sosial, menyedarkan mereka tentang ancaman siber, serta membantu murid mengenal pasti pilihan aktiviti alternatif yang lebih sihat dan bermanfaat di luar media sosial.
Aktiviti Utama:
- Pelajaran 1: Kenapa Perlu Had Umur Media Sosial?
Memahami konsep asas internet, fungsi media sosial & jenis aplikasi melalui aktiviti interaktif
Mengenal pasti had umur minimum platform popular - Pelajaran 2: Kesan Penggunaan Media Sosial Kepada Kanak-kanak
Mempelajari risiko buli siber, kandungan berbahaya, privasi serta saluran melapor isu dalam talian
Mengenal pasti kandungan tidak senonoh & taktik pemangsa, serta perlindungan diri - Pelajaran 3: Stesen Alternatif Media Sosial
Menjelajahi aktiviti masa lapang yang kreatif & seimbang selain penggunaan media sosial
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk memahami literasi digital dengan lebih mendalam, mengenal pasti risiko ancaman siber, mengetahui peranan ibu bapa dan orang dewasa sebagai saluran pelaporan, serta menanam kesedaran bahawa masa lapang boleh diisi dengan aktiviti positif selain media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: