NADI X MAHIR: SLS PENYEDIAAN BAJA AB (A+B)
5 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 04 September 2025 bersamaan hari Khamis, SLS Penyediaan Baja AB (A+B) di bawah bimbingan Cikgu Hanif telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai asas penyediaan baja AB, memahami kepentingannya dalam pertanian moden serta mempelajari langkah-langkah praktikal untuk menghasilkan larutan baja yang berkualiti.
Aktiviti Utama:
- Keperluan asas dalam penyediaan baja AB
- Keperluan baja dan fungsinya terhadap tanaman
- Isu baja AB yang sering berlaku
- Kandungan baja
- Demonstrasi langkah-langkah penyediaan:
Stok Baja A & B
Baja
Larutan Baja
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendapat pengetahuan praktikal mengenai teknik penyediaan baja AB yang betul, memahami kandungan serta fungsinya dan seterusnya dapat memanfaatkan ilmu ini dalam meningkatkan hasil pertanian secara lebih efisien.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: