dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Melaka, Melaka
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X MAHIR: SLS JAGA BATERI, PANJANG UMUR GAJET KITA

5 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 04 September 2025 bersamaan hari Khamis, SLS Jaga Bateri, Panjang Umur Gajet Kita di bawah bimbingan Cikgu Que telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan praktikal kepada peserta dalam bidang pembaikan telefon pintar, khususnya melibatkan bateri Android. Peserta bukan sahaja didedahkan kepada kaedah membuka dan memasang semula bateri dengan teknik yang betul dan selamat, tetapi juga mempelajari cara mendiagnos masalah bateri serta mengamalkan langkah keselamatan asas ketika proses pembaikan. Selain itu, peserta turut mempelajari tip penjagaan bateri agar lebih tahan lama.

Aktiviti Utama:

  • Fungsi & Jangka Hayat Bateri Android
  • Cara Membuka Telefon Pintar dengan Betul
  • Diagnosis Masalah Bateri
  • Memasang Semula Bateri Menggunakan Teknik yang Selamat
  • Tip Penjagaan Bateri serta Langkah Keselamatan Asas

Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendapat pengalaman hands-on dalam pembaikan telefon pintar, menguasai kemahiran asas penjagaan bateri, serta membuka peluang menjadikan kemahiran ini sebagai usaha penjimatan kos atau sumber pendapatan baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.