PROGRAM SEMPENA KEMERDEKAAN ANJURAN KRT KAMPUNG HILIR
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 September 2025 bersamaan hari Ahad, Program Sempena Kemerdekaan di bawah anjuran KRT Kampung Hilir dengan kerjasama NADI Batang Melaka & Perpustakaan Desa Batang Melaka. Tujuan utama program ini adalah untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia, memupuk semangat patriotisme dalam kalangan Masyarakat setempat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti Batang Melaka.
Aktiviti Utama NADI Batang Melaka:
- Saringan Asas Kesihatan
- Teka Rempah
- Guli Bulatan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada komuniti untuk menyemai semangat cinta negara, menghayati erti kemerdekaan, serta memperkukuh kebersamaan antara pemimpin, agensi dan masyarakat setempat. Semoga semangat patriotisme dan kesatuan yang dipamerkan terus subur dalam kalangan masyarakat Batang Melaka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: