PROGRAM KHAS SEMPENA HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA @ NADI
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 September 2025 bersamaan hari Ahad, Program Khas Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia @ NADI Batang Melaka. Tujuan utama program ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan komuniti setempat, mengaktifkan peranan NADI sebagai pusat interaksi sosial, pendidikan dan digital rakyat, serta memupuk rasa cinta kepada negara merentasi pelbagai lapisan masyarakat selaras dengan aspirasi nasional.
Aktiviti Utama:
- Saringan Asas Kesihatan
- Pertandingan Mewarna Kategori 4–6 Tahun
- Pertandingan Mewarna Kategori 7–9 Tahun
- Teka Silang Kata
- Pertandingan Hias Onde-onde
- Lirik Lagu Terputus
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menyemai nilai patriotisme, mengeratkan silaturahim dalam komuniti, serta menjadikan NADI sebagai pusat kegiatan rakyat yang berfungsi bukan sahaja untuk aspek digital, tetapi juga sebagai ruang perkongsian nilai murni dan semangat cintakan negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: