NADI X MAHIR: MAHIR PERTANIAN PINTAR MINGGU 5
11 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2025 bersamaan hari Rabu, Mahir Pertanian Pintar Minggu 5 di bawah bimbingan Cikgu Hanif telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas dalam pengurusan tanaman fertigasi, bermula daripada peringkat penyemaian sehingga kepada penjagaan tanaman di peringkat vegetatif dan reproduktif, agar mereka lebih mahir serta berkemahiran dalam bidang pertanian moden.
Aktiviti Utama:
- Pengurusan Tanaman Melalui Semaian Benih
- Cara Menyemai Benih Fertigasi
- Pemindahkan Anak Semaian ke Polibeg
- Penyelenggaraan Tanaman di Peringkat Vegetatif
- Penyelenggaraan Tanaman di Peringkat Reproduktif
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami kaedah penyemaian dan penjagaan tanaman secara praktikal, sekali gus meningkatkan kemahiran mereka dalam menguruskan tanaman fertigasi secara sistematik dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: