NADI X KESEDARAN: WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT – PENIPUAN CINTA
18 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 September 2025 bersamaan hari Rabu, Webinar Kempen Internet Selamat – Penipuan Cinta di bawah bimbingan Cik Atiqah telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada Masyarakat tentang bahaya penipuan cinta di alam maya, memahami modus operandi yang digunakan oleh penipu serta membekalkan pengetahuan supaya orang ramai dapat melindungi diri daripada menjadi mangsa.
Aktiviti Utama:
- Definisi Penipuan Cinta
- Teori Roda Emosi
- Ayat Penipuan Cinta
- Modus Operandi Penipuan Cinta
- Jenis Penipuan Cinta
- Kesan Penipuan Cinta
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mengenal pasti tanda-tanda penipuan cinta, lebih berhati-hati dengan hubungan di alam maya serta mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri dan orang tersayang daripada menjadi mangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: