NADI X CYBERSECURITY: KESIHATAN SIBER DAN PERLINDUNGAN DATA DALAM E-SUKAN
29 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 September 2025 bersamaan hari Ahad, Kesihatan Siber dan Perlindungan Data dalam e-Sukan telah diadakan melalui platform LMS eSport. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan menjaga keselamatan data peribadi dan akaun e-sukan, memahami ancaman siber yang wujud dalam komuniti permainan digital serta mempraktikkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan risiko kecurian akaun dan serangan siber.
Aktiviti Utama:
- Ancaman Siber dalam e-Sukan
- Contoh Kes Kecurian Akaun e-Sukan
- Senarai Semak Akaun Selamat
- 5 Langkah Keselamatan Siber
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami risiko ancaman siber, mengenal pasti kelemahan dalam keselamatan akaun serta mempraktikkan amalan perlindungan data yang lebih bijak dan selamat dalam dunia e-sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: