NADI X ESUKAN: KELAS PENSIJILAN - ASAS PEMAKANAN SUKAN BAGI ATLET REMAJA EP. 1
29 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28/06/2025 bersamaan hari Sabtu, Kelas Pensijilan – Asas Pemakanan Sukan bagi Atlet Remaja EP. 1 melalui platform LMS e-Sukan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal dan asas kepada para atlet remaja mengenai kepentingan pemakanan sihat dalam meningkatkan prestasi sukan, daya ketahanan fizikal serta pemulihan selepas aktiviti intensif.
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menyedari peranan penting pemakanan dalam prestasi sukan serta memahami bagaimana pemilihan makanan yang betul dapat memberi kesan langsung terhadap stamina, tumpuan, dan kesejahteraan atlet muda secara keseluruhan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: